About Me

My photo
Johor Bahru, Johor
Saya di lahirkan di Johor Bahru, dibesarkan juga di Johor Bahru, Belajar pun di Johor Bahru, Bekerja?? juga di Johor Bahru.. segala di Johor Bahru..

Saturday, March 8, 2014

DOA UNTUK MH370

Semalam kita semua di kejutkan dgn berita kehilangan pesawat MAS MH370, memang sangat mengejutkan bagi seluruh rakyat Malaysia. Sehingga kini pihak-pihak yg berkenaan sedang berusaha mencari, semoga kita semua mendapat jawapan.

Cuma ada beberapa perkara yg menyedihkan dari apabila bencana ini timbulnya spekulasi2 yg tidak sepatutnya ditengahkan. Usahlah di politikkan isu ini, usahlah dipermainkan isu ini, usahlah dijadikan bahan gurauan isu ini. Ia tidak terjadi pada diri kite, ia tidak berlaku pada diri kita, tapi cubalah fahami hati dan perasaan ahli keluarga yg melaluinya, cuba letakkan diri kita jika kita berada di tempat mereka. Sudah tentu kita akan berasa marah dan kecewa. bukankan begitu?

Marilah kita bersama berdoa agak pesawat MH370 ditemui semula. Semua yg terjadi adalah ketentuanNYA, tapi kita tidak harus mudah patah semangat. Doa dan kasih sayang sentiasa mengiringi mereka, walau kita tidak mengetahui apa yg telah terjadi, semoga doa kita semua, semoga doa seluruh rakyat Malaysia diperkenankan olehNYA.


#weprayforyouMH370

No comments: