About Me

My photo
Johor Bahru, Johor
Saya di lahirkan di Johor Bahru, dibesarkan juga di Johor Bahru, Belajar pun di Johor Bahru, Bekerja?? juga di Johor Bahru.. segala di Johor Bahru..

Wednesday, November 23, 2011

~ "Single" pun dipertikaikan ~


Cik puteri selalu dengar, kalau seseorang tu bergelar janda pasti dia akan dipandang serong oleh masyarakat, lebih2 lagi kalo janda berhias, lagi la masyarakat pandang semacam je kan? Sebenarnya gelaran janda tu taklah menjadi masalah, cuma masyarakat dan org sekeliling je jadi takut... bukan takut apa, takut suami2 mereka dirampas... bukan mudah memegang title janda tu...

Sebenarnya apa yg cik puteri nak tulis ni bukan pasal insan yg bergelar janda, tapi SINGLE... orang ramai ingat single ni lebih baik, tapi bukan mudah juga. Lebih2 kalo single yg dh nak sampai tahap andalusia ni.. ermm lebih kurang mcm cik puteri la... memang nampak macam takde apa, tapi yg single dlm kategori andalusia ni pun bukan mudah..

Bukan apa, memandangkan umur cik puteri ni dah dalam 30an, org selalu bertanya kenapa tak kawin lagi? takde boyfriend ke? nak tunggu apalagi umo dah lanjut, kalo ada org nak kawin je la... ewah2... diaorg ingat nak pilih apa? ini pasal nak pilih pasangan hidup bukan pilih ikan!!!

Kadang tu mereka pandang cik puteri pun serong, seperti mana mereka memandang insan yg bergelar janda.. sbb pada mereka org yg single dan andalusia ni desperate, takut suami, boyfriend atau tunang mereka dirampas. Ello!! cik puteri tak desperate pun!!

Entahlah kadang2 cik puteri sedih bila org pandang cik puteri macam ni. Tapi bila di fikir balik nak sedihkan apa? cik puteri tak kacau pun hidup diaorg... diaorg yg kacau hidup cik puteri dgn menganggap yg bukan2..

Tapi apa pun cik puteri cuba memaafkan mereka semua, walaupun susah. Cuma cik puteri nak org tau yg cik puteri sekarang happy, walaupun cik puteri masih belum berjumpa dengan cinta sejati.. cheer... peace no war!!

Tuesday, November 22, 2011


Benang-Benang Kasih


Benang-benang kasih memintal disegenap seluruh jiwa sang pecinta

Benang-benang kasih yang menyulamkan kekuatan kasih sayang kepada sang pecinta

Benang-benang kasih memberi seribu semangat kepada sang pecinta

Benang-benang kasih mengukuhkan hati sang pecinta


Tapi yakinkah bahawa benang-benang kasih yg disulam itu kukuh?

Yakinkah bahawa benang-benang kasih itu tidak akan terlerai?

Yakinkah bahawa benang-benang kasih itu kekuatan pada sang pecinta?


Kini benang-benang kasih itu terlerai jua.....

Benang-benang kasih itu reput....

Benang-benang kasih itu putusnya....


Ingin disulam benang kasih baru?

Yakinkah akan bertahan kekukuhannya?

Sulamlah benang-benang kasih itu pada yang SATU

Hanya benang kasih padaNYA

Yang tidak akan terlerai

Yang akan kukuh.....

Selamanya........

Abadi.....

Monday, November 21, 2011


~ HANYA DIA ~


Dia adalah segala-galanya

Dia yang hadir ketika aku bergelut dalam kekalutan

Dia juga yang membawa aku keluar dari kisah silamku

Hadirnya dia memberi sinar bahagia buat diriku

Walaupun hanya sementara, dia membuat aku gembira...


Tetapi..... kini...

Aku bergelut kembali dalam kekalutan, tanpa dia disisiku

Dia kini telah jauh........

Jauh mengejar cita-citanya....

Bahagia bersama insan baru..


Semoga dia berjaya mengejar cita-citanya

Semoga dia bahagia bersama insan yang disayanginya

Biar ku simpan segalanya agar menjadi lipatan indah dalam hidupku

Biar ku simpan sayang ini untuk dirinya, selamanya......