About Me

My photo
Johor Bahru, Johor
Saya di lahirkan di Johor Bahru, dibesarkan juga di Johor Bahru, Belajar pun di Johor Bahru, Bekerja?? juga di Johor Bahru.. segala di Johor Bahru..

Sunday, March 16, 2014

Kemanakah MH370?

DOA BUAT MH370 DOA BUAT MH370 DOA BUAT MH370

Sudah lebih seminggu Pesawat MH370 hilang, tanpa tanda, tanpa petunjuk, tanpa cebisan, kemanakah kau menghilang wahai MH370, kemanakah kamu membawa nyawa-nyawa mereka yang tidak bersalah? Apakah nasib mereka? Hidupkah mereka? Matikah Mereka? Selamatkah Mereka? kami semua tertanya2.

MH370, kami semua seluruh rakyat tidak kira di mana pun berada semua mendoakan kamu MH370 beserta mereka yg ada bersama kamu. Ya Allah, berilah petunjuk kepada mereka yg menyertai SAR utk menyelamatkan penumpang-penumpang MH370. Kasihanilah keluarga mereka yg tidak jemu2 menanti kepulangan orang2 yg mereka sayang. Hidup mati mereka biarlah diketahui.

Wahai seisi rakyat, di mana saja kite berada, jgn lupa kita berdoa untuk MH370, Moga tanda tanya yg selama ini membelenggu kita semua terurai. Mudah2an.


Saturday, March 8, 2014

DOA UNTUK MH370

Semalam kita semua di kejutkan dgn berita kehilangan pesawat MAS MH370, memang sangat mengejutkan bagi seluruh rakyat Malaysia. Sehingga kini pihak-pihak yg berkenaan sedang berusaha mencari, semoga kita semua mendapat jawapan.

Cuma ada beberapa perkara yg menyedihkan dari apabila bencana ini timbulnya spekulasi2 yg tidak sepatutnya ditengahkan. Usahlah di politikkan isu ini, usahlah dipermainkan isu ini, usahlah dijadikan bahan gurauan isu ini. Ia tidak terjadi pada diri kite, ia tidak berlaku pada diri kita, tapi cubalah fahami hati dan perasaan ahli keluarga yg melaluinya, cuba letakkan diri kita jika kita berada di tempat mereka. Sudah tentu kita akan berasa marah dan kecewa. bukankan begitu?

Marilah kita bersama berdoa agak pesawat MH370 ditemui semula. Semua yg terjadi adalah ketentuanNYA, tapi kita tidak harus mudah patah semangat. Doa dan kasih sayang sentiasa mengiringi mereka, walau kita tidak mengetahui apa yg telah terjadi, semoga doa kita semua, semoga doa seluruh rakyat Malaysia diperkenankan olehNYA.


#weprayforyouMH370

Sunday, March 2, 2014

SALAH FAHAM


Kadang2, bila kita tak tahu sesuatu situasi, kita bertanya, bukan membuat andaian yg bukan2. Tidak perlu utk memikirkan yg bukan2 jika kita tak berbuat salah @ silap. Tapi sesetengah manusia tak memahaminya, dek kerana mereka sendiri yg berbuat silap, maka setiap yg ditulis oleh org yg dia lakukan silap dia pasti terasa.

Jika kamu ingin mengejar cita2 kamu, jika kamu ingin mengejar impian kamu, dan jika kamu ingin mengejar nafsumu silakan aku sikit pun tidak kisah. Cuma yg aku harapkan agar kamu sedar akan kesilapan kamu itu.